2 Perkara Wajib Buat Bila Anda Ke Bukit Keluang

2 Perkara Wajib Buat Bila Anda Ke Bukit Keluang

Bukit Keluang tidak asing bagi saya, menjadi destinasi pilihan sejak remaja hingga kini setelah sekian lama tidak menjenguknya. Kali terakhir ke Bukit Keluang ialah tahun 2013.

Walaupun ia berdekatan dengan rumah, hanya mengambil masa 1 jam perjalanan.

Aktiviti Hikking Puncak Bukit Keluang.
Melihat panaroma dan juga boleh melihat pemandangan laut cina selatan, maaf tak dapat kongsikan gambar.

Di zaman 2005 ketika mengambil kursus KPLI jQAF, Bukit Keluang adalah destinasi kami untuk hikking program ketika itu (Lupa dah nama programnya) tika itu.

Tapi kami bermula dari belakang bukit tanpa kemudahan trek yang ada seperti sekarang. Sangat memenatkan tapi seronok, ada juga yang tiba-tiba diserang histeria. bayangkan di atas puncak bukit dengan hutan sekeliling. Rasa ugah juga.

Tapi minggu lepas, perancangan awal mahu hikking tapi terpaksa ditunda memandangkan kami bergerak dari rumah sudah lewat. Terpaksa rancang hari dan masa yang lain untuk hiking.

Ramai pengunjung dari segenap lapisan usia memenuhi pesisir pantai dengan pelbagai aktiviti yang sangat menarik.

oh ya, di sepanjang jalan penuh dengan pelbagai jenis gerai jualan. Sediakan duit aje.

Menurut salah seorang pemilik gerai, Bukit Keluang lebih meriah pada hujung minggu iaitu hari Jumaat dan sabtu.

Aktiviti air iaitu banana boat dan menaiki boat mengelilingi Pulau Rhu . Kalau tak silap untuk menaiki boat, kadar bayaran dikenakan RM 20 untuk mengelilingi pulau dan RM 15 menaiki boat sekitar pantai.

dari sini kelihatan Puncak Bukit Keluang
Pemandangan Pulau Rhu

kami hanya sempat untuk berkelah dan menjamu selera dengan bekalan yang di bawa sahaja.

Suasana petang yang sejuk dan sangat mendamaikan.

Doakan moga perancangan kami untuk bermalam di Bukit Keluang Resort berjalan lancar, jika bermalam, dapatlah hikking seawal selepas subuh dan melakukan aktiviti yang ada di Bukit Keluang.

2 thoughts on “2 Perkara Wajib Buat Bila Anda Ke Bukit Keluang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top