5 Tips Bagaimana Kurangkan Ketagihan Anak Pada Gajet

5 Tips Bagaimana Kurangkan Ketagihan Anak Pada Gajet

Assalamualaikum.

Anak tak nak berpisah dengan gajet terutamanya telefon? itulah masalah ibu ayah zaman ini kan? Tak mengata orang lain, saya sendiri juga mengalami keadaan ini terutamanya dengan si bongsu Amierah.

Memang menangis habis lagulah kalau kita tak bagi. Pandai dipujuknya kita, bagitau perkara yang dia buat untuk dapatkan telefon. Tipulah kalau mama tak cair hati, macam kena pukau, serah je handset tu kat anak.

Tapi ada cara bagaimana kita nak kawal penggunaan gajet dengan anak-anak.

Tak dapat tidak, anak-anak tidak lari dengan telefon, mereka membesar di alam rahim lagi memerhati kita dengan telefon, ye kan? hihi

Jadinya, kali ini saya mahu kongsikan 5 Tips Bagaimana Kurangkan Ketagihan Anak Pada Gajet yang telah disampaikan oleh Puan Ashikin Hashim di dalam kelas Telegram kami baru-baru ini.


eh, ada yang berminat nak dengar sendiri kelas dari Pn Ashikin? boleh klik link ini ya :


” Rahsia Anak Bijak Soleh”

Jom baca perkongsian di bawah.

1. Gajet hanya diperkenalkan selepas umur 2 tahun. Lagi lewat lagi bagus.

➡ 2 tahun ke bawah tidak digalakkan sama sekali untuk memberikan telefon kepada anak.

➡ 2 tahun ke bawah anak memerlukan sentuhan dan interaksi secara langsung.

➡ Untuk 2 tahun ke atas, hanya dibenarkan bergajet 2 jam sehari sahaja. (saya sangat-sangat sarankan, jika boleh tangguh, tangguhkan pemberian gajet)


2. Ibu bapa perlu tetapkan peraturan. Ibu bapa mesti tegas.

➡ Bila kita benarkan anak kita bergajet? – sebagai contoh, saya hanya benarkan anak bergajet pada Sabtu dan Ahad dan cuti sekolah sahaja.

➡ Berapa lama masa yang ditetapkan? – Masa yang ditetapkan hanyalah 2 jam sehari sahaja.

➡ Buat jadual supaya anak nampak dan sentiasa ingat serta faham peraturan yang kita tetapkan.

3. Denda jika perlu

➡ Tetapkan satu sistem reward dan denda mengikut keperluan masing-masing.

➡ Contohnya memberikan reward pergi ke padang permainan jika ikut peraturan atau denda potong masa bergajet jika tidak ikut peraturan.

4. Gantikan dengan aktiviti yang bermanfaat

➡ Jika mahu anak tidak ketagih gajet, ganti dengan aktiviti lain yang boleh membuatkan anak lupa untuk bergajet

➡ Contoh aktiviti: bermain scrabble, melukis, mewarna, beri anak main air seperti basuh kereta, bantu di dapur, kemas rumah

5.Ibu bapa tunjuk contoh tauladan terbaik kepada anak

➡ Ibu bapa juga jangan ketagih gajet. Usah bergajet di depan anak terlalu kerap

➡ Tetapkan kawasan atau masa larangan bergajet. Contohnya tidak boleh bergajet ketika di meja makan atau 1 jam tanpa gajet selepas solat maghrib.

Alhamdulillah, bila saya amalkan tips di atas, kita dapati banyak perubahan pada anak-anak, Berikan mereka peluang tetapi perlulah tegas dengan peraturan yang ditetapkan.

Samalah juga dengan kita sebagai ibu ayah, perlu patuhi peraturan yang ditetapkan, barulah boleh jadi qudwah hasanah atau contoh teladan buat anak-anak kita.

Sharing With Love,
Sarah



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top