5 Tips Bagaimana Mahu Kembangkan Perniagaan

5 Tips Bagaimana Mahu Kembangkan Perniagaan

Jualan adalah kunci kepada kejayaan orang yang berniaga.

Tanpa jualan, tiadalah perniagaan. Tak kira sama ada produk fizikal ataupun servis.
Setiapnya memerlukan jualan.
Ia ibarat nyawa bagi seorang peniaga.

Dalam berniaga perlu ada strategi dan plan bagaimana nak tingkatkan jualan seharian.

Ada 5 perkara yang kakSarah amalkan mungkin boleh dijadikan panduan untuk peniaga baru / newbies 

📌 Tetapkan Visi Dan Misi
Serius tau kena ada, kalau takde misi dan visi, berniaga dianggap sebagai hobi. So pastikan ada misi dan visi ya, supaya perniagaan kita terarah dan kita takdelah hilang arah

📌 Fokus Pada Misi dan Matlamat
Ya, kalau ada misi dan visi, mestilah fokus. Macam KakSarah fokus pada nak bantu geng mama walau sesibuk mana pun mesti #MamaAnggunGojes, dengan pengambilan vitamin yang sesuai.

📌 Strategi dan Marketing Tool
Ini penting. Tetapkan bagaimana kita mahu promosikan perniagaan kita.
Berbayar atau cara percuma. Semuanya perlu dirancang.
Nak orang tahu tentang produk kita, mestilah buat promosi.

📌 Tahu Siapa Target Pelanggan kita.
Wajib tau! Bukan promot ikut suka aje. Kena pastikan siapa target pelanggan kita.
So, kena tahulah siapa target kita.
Sebagai contoh , #VitaminMamaAnggunGojes targetnya pada Mama yang sibuk tapi mesti jaga kesihatan dan penampilan takdelah muka penat,letih dan kusam. Walaupun kerja 24 jam tak berhenti tapi stamina tetap kuat. Gitu…

📌 Service After Sale.
Ini orang kelate yang cakap. Kenalah berhubung dengan pelanggan kita.
Kalau KakSarah, customer yang baru nak amalkan vitamin, kita kena bagilah panduan, lepas tu tanyalah perkembangan dia, ada masalah ke, atau apa yang dia dapat hasil dari pemakanan vitamin tu.
So, kena sentiasa update dengan customer kita.
Manatau! Lama lama jadi geng kita.

Untuk yang bisnes dan punyai team/ejen,
Ini yang perlu kita buat,
📌 Coaching dan Bimbingan berterusan untuk mereka yang serius bisnes. Bantu mereka sehingga mereka juga berjaya macam kita.
📌Perlu ada give and take. Mesti melibatkan keduanya. Leader dan team mesti bekerjasama. Kalau tak? Ehem, bila nak maju?
📌Biasa kan bagi Reward? Cubalah bagi penghargaan pada team kita.

Paling penting, bila berniaga , niatlah kerana Allah. Minta Dia bantu kita dan sentiasa mengharapkan KeredaanNya.

Selamat melangkah ke alam bisnes buat mereka yang baru mulakan perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top