7 Tips Untuk Elakkan Stress Di Waktu Pagi

7 Tips Untuk Elakkan Stress Di Waktu Pagi

Bangun pagi dengan keadaan kelam kabut menyiapkan diri sendiri dan keperluan suami dan anak-anak dalam masa yang singkat dan tiba-tiba ada perkara yang boleh melambatkan urusan di waktu pagi menjadikan pagi kita agak stress dan menyebabkan kita moody sepanjang hari.

Ada 7 Tips Untuk Elakkan Stress Di Waktu Pagi

 

1.Bangun 1 jam lebih awal

Amalkan bangun 1 jam awal daripada kebiasaan membolehkan kita melakukan banyak perkara. Antara solat tahajud 2 rakaat , sebelum menyiapkan kelengkapan diri dan ahli keluarga.

 

2. Mandi Dengan Air Sejuk

Mandi dengan air sejuk di waktu pagi mempunyai banyak manfaatnya. Ia dapat membentuk mood dan menyingkirkan stress. Selain itu mandi air sejuk dikatakan dapat menguatkan tulang.

 

3. Lakukan Senaman Ringkas

Bila anda sudah bangun lebih awal, anda akan mempunyai masa untuk melakukan sedikit senaman regangan seperti larian setempat dan warming up sebagai cara untuk bangkitkan mood yang positif.

 

4. Mengambil Sarapan Sihat

Sarapan yang sihat ialah sarapan yang mempunyai diet seimbang yang kaya protein dan serat. Cuba elakkan diri dari mengambil makanan yang tinggi karbohidrat dan gula.

 

5. Siapkan kelengkapan Waktu Malam

Selain daripada menyiapkan kelengkapan di awal pagi sebagaimana di atas, anda juga boleh menyiapkan barangan yang perlu di bawa ke pejabat sebelum tidur. Ini boleh melancarkan lagi urusan di pagi hari

 

6. Menggosok Baju di Waktu Malam

Menggosok dan memilih baju untuk dipakai esok hari dilakukan pada waktu malam sebelum tidur menjadikan waktu pagi anda lebih rileks dan tenang.

 

7. Amalkan suplemen

Kebiasaannya wanita lebih berisiko mengalami kekurangan vitamin D dan magnesium yang diperlukan untuk memberi tenaga. Jadi sebaiknya anda mengambil vitamin dan mineral yang mencukupi supaya anda kekal cergas dan bertenaga.

 

Radiant 4 Set antara set pilihan wanita yang mahu sihat dan cantik dari dalam.

 

Ikhlas,

Mysarah

013-9561249

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top