7 Tips Urus Pakaian Supaya Mama Tak Pening Kepala Lagi

7 Tips Urus Pakaian Supaya Mama Tak Pening Kepala Lagi

Assalamualaikum

Tadi lalu di newsfeed mama hasil dari like & share kawan-kawan mukabuku mama berkenaan 7 tips urus pakaian supaya mama tak pening kepala lagi 😉

So, mama masukkan dalam entry ni supaya senang untuk mama buat rujukan. kalau share di mukabuku, susah pula nak search nanti. 7 Tips urus pakaian ni mama ambil dari FB Kisah Suami Isteri .

tips urus pakaian

1) Jika anda menyimpan baju di dalam laci, susun baju menegak begini. Mudah untuk diambil ketika mahu dipakai nanti kerana tidak akan menyepahkan baju lain. Boleh menjimatkan ruang juga!

Kata Mama: bergantung pada material baju, if baju kain licin susah juga kan? so mama lebih suka gantung aje baju kerja mama. yang ni sesuai utk baju2 tebal atau cotton.

tips urus pakaian

2) Tuala. Bagaimana kalau cuba gulung tuala dan letakkan di dalam bakul begini? Tuala biasa nya akan memakan banyak ruang di dalam almari kerana ia tebal. Cara ini lebih kreatif dan menarik! Tapi pastikan ia disimpan di tempat selamat atau anak-anak akan jadikan tuala sebagai satu permainan pula!

Kata  Mama : cantik… kena tanya bigboss, nanti boleh cari bakul tu..

11947577_507517606075229_8178654700840453009_n

3) Penggantung berpoket ini boleh didapati dengan harga yang sangat murah di Mr. DIY atau Daiso. Udah peningkan kepala mencari stokin dan panties lagi. Anda juga boleh labelkan mengikut nama Tuan punya supaya tidak bertukar-tukar pula.

Kata Mama : wah! baguskan? dah lama nak g Mr. DIY kat KB, tapi belum sempat lagi, kena masuk list ni, nanti boleh beli dan buat. kemas je.

 

>>>Ibu Muda Ini turun 20kg lepas bersalin tanpa susutkan susu badan<<<

 

11947628_507517626075227_7418537584069443997_n

4) Satu perkara yang kita mungkin tidak perasan adalah kita sering mengurus dan menyimpan baju yang kita langsung tidak pakai! Pakaian tersebut kekal tersimpan di ceruk almari pakaian kita dan tiada siapa mahu memakainya lagi. Ini akan mengurangkan ruang almari dan menyemakkan! Apa kata sediakan kotak begini, yang mana sudah tidak mahu dipakai dimasukkan ke dalam kotak ini dan apabila penuh, susun kembali untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan. Mudah, kemas dan tidak perlu pening-pening lagi!

Kata Mama: sangat setuju, di rumah ni banyak sangat baju yang dah tak dipakai. ada dalam 3 container besar. kena ambil masa sort baju2 yang boleh dipakai utk dise

11900068_507517642741892_5429317526587926485_n

 

5) Apa kata asingkan baju anak-anak terus mengikut hari? Anak hanya ambil sahaja apa yang perlu di pakai untuk hari itu. Tidak perlu menjerit-jerit lagi memangil nama ummi bertanya “Mahu pakai baju apa hari ini?

Kata Mama: untuk anak-anak kecil boleh buat macam ni,

11949282_507517676075222_3898399665633177333_n

6) Selalu saya kepeningan apabila suami bertanya tentang kopiah nya sebelum ke masjid untuk berjemaah. Saya telah gunakan penggantung berpoket ini untuk menyimpan kopiah nya dan soalan itu tidak kedengaran lagi!

Kata Mama : Sangat brilliant!, boleh apply ni untuk kopiah baba.

11889695_507517722741884_1044619659628986435_n

7) Pening mencari cadar dan sarung bantal secorak? Apa kata selepas kita melipat sarung bantal, selimut dan cadar, kita masukkan semuanya ke dalam salah satu sarung bantal untuk corak itu. Mudah! Ketika mahu menggunakannya, ambil dan keluarkan semua isi dalamnya (cadar/sarung bantal lain).

Kata Mama : berkenan pada almari putih tu……….

 

>>>Ibu Muda ini turun 20kg lepas bersalin tanpa susutkan susu badan<<<

Nampaknya mama ada misi baru yang perlu dimasukkan dalam list 2015. Sape nak join mama, jom angkat keyboard. Kita sama-sama buat.

 

Corat Coret Mama With Love

mamahusna.com

2 thoughts on “7 Tips Urus Pakaian Supaya Mama Tak Pening Kepala Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top