9 Tips Simpan Stok Susu Ibu

9 Tips Simpan Stok Susu Ibu

Assalamualaikum
Entry hari ni, KakSarah nak kongsikan 9 Tips Simpan Stok Susu Ibu
1. Ibu-ibu perlu berazam sejak dari mula mengandung untuk menyusukan bayi dengan susu ibu
2. Mengetahui perkara paling asas dalam penyusuan adalah konsep demand vs supply” iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu akan dihasilkan.
3.Apabila kita memahami konsep asas dalam penyusuan, insya Allah tidak akan berlaku salah faham dalam proses menyusukan bayi sehingga umur bayi 2 tahun.
4.Banyakkan membaca dan mengumpul info-info tentang penyusuan,cara penyimpanan,jenis pam yang sesuai,alat-alat seperti cooler bag yang sesuai dengan budget anda.
5.Ibu-ibu, mulakan sesi peyimpanan stok susu dari awal kelahiran atau minggu-minggu awal semasa berpantang, ambil peluang semasa bayi sedang tidur untuk mengepam susu.
6.Jika bayi anda menyusu hanya disebelah sahaja dan bayi comel anda tertidur, pastikan anda mulakan sesi mengepam sebelah lagi.
7.Pastikan ibu-ibu mengambil makanan yang seimbang semasa di dalam pantang, supaya ibu lebih cergas dan bertenaga serta boleh menambahkan penghasilan susu ibu
8. Ibu-ibu juga digalakkan minum minima 3 liter air kosong
9.Jika ibu-ibu mengalami masalah dalam penyusuan, ibu-ibu digalakkan mengambil suplemen penyusuan yang bersesuaian untuk membantu ibu-ibu bertenaga, sihat dan memenuhi keperluan nutrien ibu.
 Pastikan konsep demand vs supply difahami dengan sebetulnya. inilah yang menjadikan penyusuan berjaya.
Salam Sayang,
KakSarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top