+60139561249
mesarahmar@gmail.com

Alternatif Air Purifier Terbaik

Assalamualaikum.

Perkongsian hari ini, setelah lama menyepikan diri. Berada dalam group coaching bersama dengan Coach Fahmy sangat menguntungkan.

Baru-baru ini beliau ada berkongsi ilmu berkenaan penapis udara yang menjimatkan dan mudah didapati.

Bila dapat tahu tentang ini, impian untuk mendapatkan penapis udara jenama yang terdapat di pasaran terus saya delete dari kotak impian.

Sudah tentu saya mahu mengamalkan cara alternatif yang menjimatkan ini juga. Korang pasti tak sabar nak tahu kan? okay, jom baca perkongsian di bawah.

 

Alternatif Air Purifier Terbaik
oleh Fahmy Adam

Just perkongsian diri dan tidak dibayar oleh mana-mana pihak. Terpanggil sebab saya juga pengidap asthma dulu yang agak alah dengan habuk atau asap seangkatannya.

Bukan saya tak pernah guna air purifier tapi just nak kita merenung semula adakah berbaloi invest ribuan ringgit untuk alat sedemikian ? Even saya punya paling kurang pun 4 layer filter siap true hepa + carbon filter + plasma mode + energy efficient dan lain2 yang kenkadang x faham istilah teknikalnya.

Berbalik pada situasi masing² kerana jika mereka yang memang ‘ada-ada’ boleh lah mendapatkan air purifier tanpa masalah. Bagaimana pula yang sakit asthma malah keadaan kewangan yang terhad.

Apakah solusi bagi mereka ini ?

Jadi saya cuba compile beberapa ilmu agronomy dan juga botany yang diperolehi malah siap bertanya dengan pakar mengenai beberapa kajian case study bagi kesesuaian dengan pengidap asthma or alahan dengan memperbaiki kualiti udara secara semulajadi mengunakan pokok tumbuh-tumbuhan yang sesuai dalam rumah.

Antaranya ialah :

 

1. Pokok Areca Palm
Mengikut kajian saintis NASA mengenai pokok Areca Palm (Chrysalidocarpus lutescens) dapat berfungsi sebagai air purifier semulajadi di rumah terutamanya di kawasan bandar yang terdedah dengan gas dan asap jerebu tercemar. Pokok ini agak sesuai diletakkan di dalam atau di luar rumah sebagai penghias yang natural semulajadi.

 

2. Pokok Devil’s ivy

Antara pokok sempoi yang paling banyak digunakan dalam rumah dengan gelaran “money plant”. Pokok ini nama saintifiknya Epipremnum aureum amat sesuai diletakkan di dalam bilik tidur dapat membersihkan udara kotor dan daun² hijau lebatnya dapat menenangkan rasa hati untuk tidur lebih nyenyak. Walau bagaimanapun ia tidak sesuai bagi mereka yang ada kucing atau anjing kerana deria mereka agak sensitif dengan bauan pokok sebegini.

 

3. Pokok Sansevieria trifasciata

Pokok ini juga digelar pokok lidah jin boleh ditemui di rumah kampung². Mengikut report kajian NASA Clean Air Study dengan kerjasama Associated Landscape Contractors of America (ALCA) bahawa pokok ini dapat membuang toksin udara seperti formaldehyde, xylene, toluene, and nitrogen oxides yang mana amat sesuai diletakkan di dalam space station di angkasa. Pokok ini amat sesuai diletakkan di ruang tamu dan bilik kerana ia mengeluarkan oksigen di malam hari yang mana pokok lain mengeluarkan CO2.

Contoh Sydney offices of property group BresicWhitney dengan design minimalist + pokok devils ivy yang menjalar dari atas ke bawah sebagai hiasan natural semulajadi

Sejuk mata memandangkan? selain dijadikan hiasan rupanya ia mempunyai manfaat yang sangat besar untuk kita. ciptaan Allah yang sangat mengagumkan dan sangat berguna.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.