Ayam Black Pepper Noxxa


Takde noxxa pun takde hal. Boleh je BBQ gitu aje.

Sedap menjilat jari. Eh. 

Ayam sekor yang dah siap dicuci.
*1 labu Bawang besar
*10 ulas bawang putih
Natural Yoghurt Jenama Farm Fresh. 
Sos Black pepper secukup rasa
Kicap pekat. Tapi kaksarah guna kicap kipas udang je..
Italian Herb atau nak guna Oregano pun boleh.
Garam secukup rasa
Kentang/carrot dipotong ikut suka
Lada hitam untuk lebih rasa umph

Akak chop je yang bertanda* dengan chopper tupperware. Dari dia duk melepak aje.
Kalau nak blend pun boleh sangat lah.

Dah tu masukkan dalam 1 bekas, tuang sos black pepper, yogurt, italian herbs lada hitam, garam secukup rasa. Then spakan di ayam. Masukkan carrot dan juga ubi kentang.

Perap selama 5 jam. Tapi akak perap dalam 3 jam je. Masa mencemburui tau!!!

Kalau guna noxxa, HP selama 8 minit dan kemudian, stir fry hingga ayam kelihatan lebih dark hensem gitu.

Dah siap… Bolehlah panggil semua anak anak untuk menjamu selera.

Sos untuk ayam, bolehlah campurkan sos black pepper dengan sedikit minyak zaitun dan juga yogurt untuk lebih sedap.

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.