Bagaimana Travel Membentuk Potensi Diri

Bagaimana Travel Membentuk Potensi Diri

“To travel is to take a journey into yourself” -Danny Kaye.

Ada orang diberi rezeki dapat travel kebanyakan tempat sama ada dalam Malaysia atau luar negara.
Ada orang masih belum berpeluang untuk travel.

Travel?
Jauh berjalan banyak pengalaman.
Membantu kita untuk menambah pengalaman hidup.
Mengenali adat dan budaya baru.
Belajar untuk survive di tempat orang meninggalkan zon selesa kita.

Walaupun K.Sarah tidak berpeluang lagi untuk travel keluar dari Malaysia.
Mencari pengalaman baru. Tapi suka tau tengok rancangan
“Dengan Berbasikal Aku Menjelajah”

Tiap kali berpeluang untuk menontonnya, tersangat banyak pengetahuan baru yang boleh kita dapatkan.

Antaranya :
1. Cara untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, adat budaya penduduk setempat. Perlu bijak dan kreatif, sentiasa bersedia dengan apa jua masalah yang datang .

2. Betapa alam ciptaan Allah ini sangat luas dan masih ada lagi tempat tersembunyi yang masih segar, terpelihara dari pencemaran. Mereka hidup harmoni dengan alam.

3. Travel menjadikan kita lebih matang. Yang pasti untuk travel sebenarnya kita perlu bijak dalam menguruskan kewangan dan menyusun jadual perjalanan.
Menjadikan kita lebih berdisiplin dan lebih kuat lagi.

4. Sebenarnya bila travel hatta balik kampung sendiri pun banyak ujian perlu ditempuh kan?
Terutamanya bagi mommies kena sabar dan punyai tenaga yang banyak untuk melayan fe’el anak-anak dan pasangan.
Apa lagi perjalanan yang panjang tatkala jalan jem dan cuaca yang tidak menentu.
Di sinilah kita perlu uruskan emosi dengan sebaik-baiknya. #tapi#MamaAnggunGojes insya Allah mampu hadapi suasana tersebut.

Oh ya…
Dalam friendlist Ksarah, ada ke yang minat travel tapi belum lagi berkesempatan nak capai impian tersebut?

So jom kita mulakan tabungan dan besarkan income kita. Tak tahu nak bisnes apa? Meh hubungi Ksarah.

Antara tempat impian KakSarah nak sangat jejakkan kaki selain daripada Mekah/Madinah tentunya Turki sebab masa sekolah menengah dulu Ksarah Ada sahabat pena dari Ankara. Mana tau travel ke sana tiba- tiba terserempak dengan dia kan? Tapi…
Sebab paling utama, nak sangat menjejakkan kaki melihat negara Pembuka Kota Konstatinapole. Muhammad AlFatih. Banyak tinggalan sejarah Islam yang perlu dijejaki.

Apa kata kongsikan tempat korang nak sangat travel dan kenapa nak sangat pergi sana?

KakSarah

Masih menabung untuk keluar travel

ID 869605

www.mysarahstorie.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top