Bahaya HB rendah semasa hamil

Bahaya HB rendah semasa hamil

Biasa kan ibu hamil mengalami masalah HB yang rendah semasa kehamilan.
Paras Hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan aneamia. Ibu-ibu tidak boleh memandang rendah kepada masalah ini.

images (3)

Secara puratanya, ramai di kalangan ibu hamil yang mengalami masalah anemia.
Definasi anemia semasa hamil adalah paras haemoglobin (Hb) kurang daripada 11g%.

Berdasarkan klasifikasi anemia terkini yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut kriteria WHO adalah seperti berikut:-
1. Anemia ringan ( Hb = 10g% – 10.9g%)
2. Anemia sederhana (Hb = 7g% – 9.9g%)
3. Anemia teruk (Hb = <7g%)

Apa itu HB rendah

APA ITU ANEMIA (HB RENDAH)?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin.
Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

TAHUKAH ANDA, Anemia boleh menyumbang dan membawa kepada maut.
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Mari kita semak apakah punca HB rendah.
– Badan letih dan lesu
– Kulit kelihatan pucat
– Sering hilang fokus
– Semput
– Sakit kepala dan pening
– Jantung berdebar dengan cepat
– Sering lupa
– Tersangat kurus
– Loya

Bagaimana pula kesan ke atas HB yang rendah
Kepada Ibu :
Keguguran
Bersalin Awal
Kematian Janin dalam kandungan
Tumpah darah semasa dan selepas bersalin

Kepada Janin :
Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
lahir tidak cukup bulan
lemas semasa lahir
Pertumbuhan Bayi terbantut

KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL

Kandungan kurang dari 5 bulan (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
(credit )

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH
Makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan
Makan makanan laut seperti kerang, ikan bilis
Makan Ulam-ulaman seperti Pegaga hiju, pegaga, peria katak,
Selain itu, ibu digalakkan juga makan telur masin..
Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2…kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Shaklee juga mempunyai vitamin yang sesuai untuk meningkatkan paras HB iaitu Vitalea Shaklee yang menjadi pilihan para ibu sebagai sulemen sepanjang kehamilan .

995115_493227864097351_1478182000_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top