Cara mengatasi sakit rengat selepas bersalin

Cara mengatasi sakit rengat selepas bersalin

Assalamualaikum.

Mengikuti perbincangan tentang masalah sakit rengat selepas bersalin, saya terpanggil untuk berkongsi di sini sebagai rujukan saya dan juga kawan-kawan.

Cara Mengatasi Sakit Rengat Selepas Bersalin

Apa itu rengat?

Rengat ialah kesakitan yang dialami oleh seorang ibu selepas melahirkan bayi. Setiap ibu yang melahirkan mungkin akan mengalami dan merasai kesakitannya.

Sakit rengat ni seperti sakit senggugut atau sakit semasa kontraksi tetapi disebabkan badan ibu lepas bersalin lemah dan penat, jadi sakit rengat ni memang akan menyebabkan emosi ibu terganggu dan menyebabkan ibu rasa tidak selesa. Rengat juga akan terasa apabila ibu sedang menyusukan bayi.

Mana nak susukan baby, nak berhati-hati menjaga luka jahitan, so memang ibu kena banyak bersabar dan menjaga emosi sendiri.

Rengat berlaku disebabkan oleh pengecutan peranakan. Ia boleh berlaku dalam tempoh 24jam-48 jam.

Orang tua-tua ada bagitau, rengat ni terjadi ikut bilangan anak, sebagai contoh, kalau bersalin anak no 2, maka rengat kemungkinan akan dialami selama 2 hari, kalau anak no 3, 3 harilah jawabnya. Tapi itu teori orang lama. Tak semestinya boleh dijadikan panduan kan?

Sakit rengat tidak membahayakan malah ia membantu rahim kita mengecut kembali dalam tempoh berpantang.  Ia juga membantu mencuci rahim daripada ketulan darah beku yang tertinggal semasa proses bersalin.

Cara Mengatasi Sakit Rengat Selepas Bersalin

  1. Bertungku dengan tungku moden atau batu sungai, tungku membantu melegakan kesakitan yang di alami. Jika tiada tungku, boleh juga sediakan air panas di dalam botol untuk dijadikan tungku dan tungkulah perlahan-lahan diseluruh badannya.
  2. Sapukan minyak panas dibahagian perut dan kaki supaya dapat melegakan kesakitan yang dialami. dan jaga lupa sarungkan stoking supaya tubuh tidak masuk angin.
  3. Berurut- sebaiknya selepas bersalin, berurut untuk memberi kelegaan & memperbetulkan  kembali urat yang tegang semasa melahirkan.
  4. Banyak berbaring untuk keselesaan pada ibu dengan berbaring membantu mengurangkan sakit rengat
  5. Mengambil painkiller atau ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor. Kiranya ini adalah alternatif terakhir jika ibu tidak tahan dengan kesakitan yang dialami.

 

Dapatkan Set Berpantang yang awesome untuk ibu hamil.

Pengedar Shaklee Kuala Krai 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top