Detik Perkenalan Saya Dan Vitamin Shaklee

Detik Perkenalan Saya Dan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum dan hai

Anda mungkin nak tahu bagaimana saya boleh menjadi pengguna setia selama 7 tahun vitamin Shaklee kan?

Dalam pada pelbagai isu sensasi timbul saban tahun mengenai vitamin ini, saya masih terus mengamalkannya hingga saat saya menulis ni, saya baru sudah menelan 6 biji lecithin untuk pecahkan lemak degil di badan saya. 😛

Ceritanya begini, saya mula mengambil vitamin Shaklee melalui set penyusuan yang sangat popular awal 2011 dahulu.

Set penyusuan Shaklee sepanjang emenyusukan anak kedua saya Muhammad Arif Naufal.

Keputusan ini diambil kerana sejarah penyusuan anak sulung saya iaitu Nurhusna Insyirah tidak dapat dilaksanakan selama 2 tahun, saya hanya mampu untuk menyusukannya secara eksklusif 6 bulan. selebihnya saya telah mencampurkan dengan susu formula.

Tidak salah, ya memang tidak salah tetapi menyusukan bayi selama 2 tahun dengan susu ibu itukan anjuran dalam Islam. Di dalam Al-Quran sudah jelas menyebutnya. itu antara hak anak yang boleh dan mampu kita tunaikan sebenarnya.

Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk mengamalkan set penyusuan Shaklee 3M yang boleh dikatakan memang saya berjaya menyusukan dia selama 2tahun 5 bulan.

Saya yang mempunyai masalah dalam penghasilan susu ibu memang terpaksa bergantung kepada pengambilan suplemen. Kenapa tidak kan? ia adalah usaha kita untuk anak-anak juga.

Tapi yang paling bagus, bukan setakat dapat apa yang kita mahukan tetapi, ada bonus lain juga diperolehi sepanjang amalkan vitamin ini.

Antaranya saya leih cergas dan tidak penat seperti sebelum ini. Kulit dan parut juga semakin pudar malah jeragat juga segan mahu muncul.

Sebab itu saya teruskan pengambilan vitamin ini. Malah saya juga serius membina bisnes melalui vitamin ini. Saya tahu saya boleh melangkah lebih jauh melalui peluang bisnes yang diberikan.

Saban hari saya sentiasa berkongsi di FB dan instagram tentang kebaikan vitamin shaklee.

Saya juga mengalu-alukan anda yang berminat untuk menambah pendapatan melalui bisnes ini. Bisnes ini mampu dibuat oleh anda sama ada anda masih bekerja boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan buat diri .

Atau jika anda surirumah, anda boleh menjana pendapatan sendiri dan membantu suami untuk meringankan beban ekonomi keluarga. Maklumlah, dunia sekarang sangat perit ekonominya. Kita mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia,tetapi kita mampu mengubah ekonomi keluarga kita.

Tidak perlu risau bagaimana perlaksanaan bisnes ini, jika anda berminat, saya kan tunjukkan caranya. Hanya melalui telefon bijak anda. Anda boleh menjana pendapatan yang lumayan.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh whatsapp saya di 013-9561249 atau boleh email ke maesarahmar[@]gmail.com .

Yang Ikhlas,

Mysarah .

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top