Junkfood Dan Anak-Anak

Junkfood Dan Anak-Anak

Nak up status ni tak semudah yang disangka. 

Nampak ringan tapi berat sebenarnya.

Junk Food 

Maksudnya makanan ringan yang rendah gizi dan tidak berkhasiat. Mudah didapati dan menyumbang kepada masalah kesihatan seperti berat badan berlebihan. Pendek kata makanan merapu. 

Contoh Junkfood

  • Jajan/ cikedis yang pelbagai jenis dan perisa
  • Air karbonat
  • Kentang Goreng
  • Sosej, nuget

Bila cerita pasal junkfood ni, isu yang sangat berat dan perlukan kerjasama antara mak dan ayah.

Yelah, nak membentuk rules dalam keluarga ni bukan semudah menyebut huruf ABC.

Junkfood? Makanan yang paling mudah untuk di cari. Kita tak beli pun tapi bila diluar pandangan mata kita, mereka boleh beli sendiri. Ia lah, di sekitar sekolah pun penuh dikelilingi dengan kedai.

Bila kita sendiri tak minat dengan junkfood, memang anak-anak pun jarang disogok dengan makanan sebegitu. Memang takde stok kat rumah.

Macamana Nak Elakkan Anak-Anak Ketagih Junkfood?

  1. Macam KakSarah, nak kata rigid sangat takdelah juga, tapi Biasanya diorang akan makan jajan yang ada dalam hamper Tapi itulah sentiasa ingatkan diorang supaya makan berpada-pada jangan berlebih, sekadar merasa aje. 
  2. Ingatkan diorang junkfood merbahaya. So kalau pergi mall, memang diorang tak minta beli makanan begitu kecuali coklat aje lah.
  3. Tunjuk gambar kanak-kanak yang kurang nutrisi dan banyak makan makanan merapu , kesan kepada diorang, So that diorang mesti ada ketakutan dalam diri dan cuba elak dari makan makanan tersebut.
  4. Tidak beli nuget atau sosej. Jika diberi pilihan cuba buat sendiri sosej dan nuget. *tapi kadang-kadang terbeli juga. Maklumlah kita ni insan yang lemah dan mudah tergoda 😛
  5. Ganti dengan makanan tradisional seperti lempeng, keropok lekor, jemput ikan bilis. Biarlah diorang merasa makanan kita masa kecil dulu. Paling penting mak kena rajin lerr masuk ofis utama @dapur.

Tipulah kalau anak-anak tak pernah makan junfood. Pedih dan susah tau nak 100% suci dalam debu nak pastikan diorang tak makan.

Memang kalau mak-mak yang boleh pastikan anak-anak tak sentuh langsung junkfood ni , anda memang mak yang hebat!!

Dah banyak kali juga KakSarah buang gula-gula yang ada dalam hamper hadiah. Walaupun rasa macam sayang, tapi hati kena kental nak buat tau.

Mesti ada bisikan, ” membazir weih buang ni, baik kau bagi kat anak murid” tapi buat tak tahu jerr dengan bisikan tuu.

Oklah, kalau pembaca ada cadangan tips, cuba kongsikan tau.

 

Salam Sayang,

KakSarah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top