Jurnal Kesyukuran Hari Pertama

Jurnal Kesyukuran Hari 1

Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini kaksarah memulakan bulan November dengan coretan Jurnal Kesyukuran. Sebelum ini dah tulis di dalam buku jurnal tapi bulan ini kita beralih secara online jurnal pula ya.

1. Alhamdulilah terima kasih ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kerana mengizinkan ku untuk bernafas dan meneruskan kehidupan untuk hari ini.

2. Syukur kerana anggota badanku masih berfungsi dengan baik.

3. Syukur ya Allah kerana masih lagi dikurniakan anak dan suami disisi. Terima dan kasihi mereka keranaMu.

4. Terima kasih ya Allah kerana dengan kereta yang ku namakan AlFateh ini dapst berfungsi dengan baik dan bawa kami ke mana sahaja tempat dan memudahkan urusan kami

5. Terima kasih ya Allah, kerana dengan adanya rumah untuk kami berteduh dari hujan panas. Kami bahagia menghuninya.

6. Syukur ya Allah kerana aku masih boleh meneruskan tugas mendidik anak muridku. Doaku moga mereka menjadi insan soleh.

7. Terima kasih ya Allah untuk nikmat hari ini.

#jurnalKesyukuranMysarah
#BeYourself
#jurnalkesyukuran
#AlfalahEmpire
#angelsSatriaCinta

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.