Kenapa Pentingnya Ada Vision Board

Vision Board sangat terkenal di kalangan mat saleh, kalau kita google banyak sangat contoh-contoh vision board yang ada.

Ingat tak, kalau zaman belajar dulu, pernah tak tulis impian kita?

contohnya

PMR 9A

SPM 10A1
Universiti

Tapi zaman tu, cara kita tulis je atas kertas A4 dan tampal gitu aje di dinding meja belajar.

Ingat dulu ayat yang ditampal

Dalam 100 orang berjaya itulah aku
Dalam 10 orang yang berjaya itulah aku
Dalam 1 orang yang berjaya itulah aku

Tapi…

Sejak 2013 perkataan Vision Board memang sudah tidak asing lagi bagi team kami. Sejak itu setiap tahun mesti buat vision board.

Setiap impian yang mahu kita capai, kita gambarkan di atas vision board.

Cara Buat Vision Board :

  • Tuliskan tarikh secara spesifik, bila dan tahun untuk kita capai impian tersebut. VB ni Iah sebagai lakaran perjalanan impian kita.
  • Setiap pagi dan sebelum tidur lihat dan percaya bahawa kita pasti capai impian tersebut.
  • Ingat!! Vision Board bukan seperti tangkal ya. Kita kena usaha untuk dapatkannya. Vision board ni memudahkan kita gambarkan impian sendiri

Bila setiap hari kita tatap, renung dan doa, ia akan tertanam di minda separa sedar kita dan kita pasti akan bertindak untuk mencapainya

Pastinya kita kena usaha ke arah itu. Barulah ia kan menjadi kenyataan.

Kalau tampal, lihat dan lihat dan lihat tanpa usaha, haaa ketuk je kepala sendiri je lah korang. Sebab VB tu jadi hiasan jeee lah.

VB kakSarah? Alhamdulillah dah tampal kat ruang work station. Tapi biarlah Rahsia, hanya my family je yang tau.

Gambar VB kat bawah tu, google je, mudah utk sahabat fahamkan apa itu vision board

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.