Ketahui 7 Aktiviti Rangsang Otak Kanan Anak Anak

Berdasarkan kajian, anak anak yang sering dirangsang menggunakan otak kanan akan menjadi anak yang lebih cerdik dan pintar.

Rangsangan bleh diberi seawal usia 6 bulan dengan melakukan aktiviti aktiviti yang sesuai.

10 aktiviti yang boleh merangsang otak kanan anak anda ialah :

  1. Bermain tanah liat atau playdoh.

Bermain playdoh boleh meningkatkan kreativiti anak. Mereka boleh membina dan membuat apa sahaja bentuk menggunakan playdoh. Antaranya mereka boleh mencipta karekter haiwan, bunga bunga dan pelbagai lagi bentuk objek. Kita kecil kecil dulu pun suka main tanah liatkan?

2. Bersenam dan riadah

Ini aktiviti yang mudah dilakukan, bersenam boleh meningkatkan keupayaan minda. Pepatah arab ada mengatakan yang bermaksud ” Badan cergas otak cerdas”

Ibu ayah boleh menjadikan rutin setiap petang bermain dan beriadah. Lebih menyeronokkan, hujung minggu boleh bawa anak anak ke taman permainan sebagai satu kelainanan kepada mereka.

3. Menggunting

Dedahkan kepada anak anak cara menggunting dengan selamat. Pastikan kita yang dewasa ada bersama. Boleh sediakan bahan yang sesuai untuk mereka belajar menggunting. Antaranya menggunting garisan dan seterus bentuk bentuk yang lebih sukar.

4. Melukis dan mewarna

Aktiviti ini sangat bagus untuk perkembangan minda dan emosi anak. Biarkan anak anak melukis dan mewarna mengikut imaginasi mereka. Berikan penghargaan dan pujian terhadap hasil yang dibuat. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka.

5. Permainan pendidikan atau educational toys.

Permainan ini juga bagus untuk meramgsang motor halus anak anak. Berikan mereka blok atau lego dan juga pelbagai jenis permainan yang sesuai dengan usia mereka.

6. Penggunaan Kad Imbasan

Di awal usia anak 3 bulan boleh perkenalkan anak anak dengan huruf, nombor dan huruf hijaiyyah atau apa apa kad imbasan yang lain.

Caranya, flash kan kad secara pantas dan dalam tempoh yang sekejap. Secara automatik otak kanan akan bekerja keras untuk menangkap imej yang ditunjuk.

7. Membacakan buku dan Bercerita

Sekarang terdapat pelbagai buku yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur anak untuk dijadikan bahan bacaan buat mereka. Tarik minat anak anak dwngan buku yang bewarna warni dan berceritalah bersama sama mereka.

Tips, berhenti bercerita tatkala mereka teruja. Ini supaya mereka tidak sabar untuk mendengar kesinambungan cerita tersebut.

Sharing is Caring

Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.