+60139561249
mesarahmar@gmail.com

Ketahui 7 Tips Bagaimana Menjadi Ibu Bapa Paling Bahagia

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Menjadi ibu bapa paling bahagia sudah pasti menjadi dambaan semua yang bergelar ibu ayah.

Menurut perkongsian Puan Ashikin Hasyim iaitu Penulis Buku Ibu Bijak Anak Bahagia ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibu ayah untuk menjadi yang paling bahagia.

ikuti 7 Tips Bagaimana Menjadi Ibu Bapa Paling Bahagia boleh yang dikongsikan oleh beliau.

  1. Perbaiki Niat

Setiap kali bangun pagi, sentiasa perbaiki niat kita, sebagai contoh

Ya Allah, hari ini aku berkhidmat untuk suami,anak-anakku dan ummah kerana Allah.

Niat itu adalah titik fokus dan target yang kita mahu capai setiap hari, sebab itu kita digalakkan untuk perbaharui niat setiap hari.

2. Menerima dan Mengiktiraf Perasaan Yang Hadir

Hidup kita tak lepas dari perasaan yang negatif seperti marah, kecewa atau sedih. ia adalah normal.

sebab itu kita mesti terima dan iktiraf kehadirannya. Jika kita penat atau letih, kita tahu bagaimana untuk mencari penyelesaian.

sebagai contoh, jika penat dengan situasi anak-anak dirumah yang suka sepahkan dengan permainan, cuba minta pertolongan anak-anak supaya kemas kembali permainan mereka. sama sama mengemas dengan mereka.

Kita pandai untuk menguruskan emosi tersebut dan kita tidak akan mengikut perasaan.

so, terima perasaan itu, dan selesaikan ia secara profesional.

3. Susun Jadual Tugasan Setiap Hari

To do list sebagai guideline iaitu panduan untuk kita lakukan tugasan dengan lebi teratur .

Susun dan catat apa yang perlu dibuat esok. Susun mengikut keutamaan. Mana yang penting dan segera, mana yang segera untuk dilakukan. barulah hidup kita lebih teratur.

4. Mengagihkan Tugas

Agihkan tugasan yang ada kepada pasangan atau anak-anak yang sudah besar dan boleh diharap.

Tidak semua perkara kita boleh lakukan sendirian. Lumrah hidup berumah tangga adalah untuk bekerjasama dan saling tolong menolong.

Agihkan tugasan mengangkat pakaian di ampaian kepada anak-anak yang sudah besar.

Membuang sampah sarap kepada anak lelaki atau suami.

barulah kita seronok dan tidak tertekan dalam menunaikan tanggungjawab. Malah kita lebih gembira melakukannya bersama-sama.

5. Berkongsi Cerita atau luahan.

sebagai manusia biasa, kita tidak lepas dari di uji dengan masalah, sebesar atau sekecil mana masalah, jika dipendam akan membuatkan kita lebih sedih atau bersifat negatif.

Maka luahkan perasaan atau kongsikan cerita kita kepada mereka yang sesuai. Jika melibatkan sesuatu perkara yang mengaibkan, pastikan ia dikongsi dengan cara yang betul dan mereka yang boleh dipercayai.

Luahan perasaan dengan cara yang betul membantu emosi kita lebih tenang dan stabil.

6. Pilih Hobi Kita

Hobi seperti berkebun, melukis, menjahit atau memasak sebenarnya sangat bagus untuk dilakukan.

Dengan melakukan hobi yang digemari ia membantu menukar perasaan sedih, letih kepada emosi yang lebih baik.

Tapi, pastikan pilih hobi yang dilakukan yang boleh menggembirakan kita tau.

7. Me Time

Carilah masa untuk ‘me time’ untuk melapangkan fikiran, mengurangkan stress, mengawal emosi, mencari idea, menaikkan semangat dan merehatkan diri

Contoh ‘me time’ : pergi spa/saloon, shopping, solat lebih lama pun adalah ‘me time’, jalan seorang diri dll

Minta izin suami dan kongsi kenapa anda perlu ‘me time’ dan mengapa ia sangat penting.

dah ber me time ke bulan lepas? kalau belum carilah satu masa untuk diri sendiri.

Salam Sayang,
Sarah

Mahu lebih banyak tips dan perkongsian? Sertai Channel Telegram kami di Mommy Happy Anak Bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.