Persediaan dan Checklist Ke Hospital

Persediaan dan Checklist Ke Hospital

Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua.

alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan dan juga peluang untuk menulis entry untuk hari ini.

hari ni, nak ambil kesempatan untuk berkongsi tentang persediaan bagi ibu-ibu yang akan bersalin untuk di bawa ke hospital. Kadang-kadang kita teragak-agak, apa yang patut di bawa kan…

Kebiasaannya, Misi dah ingatkan ibu-ibu supaya menyediakan bag dan kelengkapan seawal 7 bulan kehamilan, so, apa yang patut ada di dalam bag tersebut?

 

Sebelum tu mama nak jemput semua klik dan Play video di bawah, cerita tentang ibu hamil yang degil, semoga menjadi pengajaran untuk kita semua.

 

ibu hamil yang degil from iReach HD on Vimeo.

 

ok … sambung tentang checklist barangan yang saya bawa ke hospital

Saya menyediakan 2 bag, 1 bag berisi pakaian sendiri dan 1 lagi bag untuk baby saya yang bakal lahir nanti.. warna tema kali ni warna oren gitu.

Dalam handbag saya  mesti ada :

1. Buku Merah- yang ni wajib bawa ke mana-mana sebab inilah rujukan doktor/jururawat bidan  yang akan menyambut kelahiran nanti

2. Kad Pengenalan ibu

3. General Letter – saya dah siap2 masukkan dalam envelop dan letak dalam beg pakaian saya… yang bekerja pastikan minta GL awal-awal dengan kerani supaya kita tak kalut nanti.

Barang-barang lain yang perlu di bawa ialah :

  1. Baju blaus/T-shirt yang berbutang di hadapan supaya senang nak BF baby nanti
  2. Kain Sarung batik
  3. Stoking
  4. Towel
  5. Seluar Dalam
  6. Maternity Pad
  7. Nursing Bra
  8. Selipar
  9. Set Mandian(shower/syampoo/berus gigi/ubat gigi/bedak/sikat/deodaran)
  10. Minyak ubat – kali ni saya beli Minyak Herbanika NR-sebab ramai yang cakap bagus.
  11. Set Berpantang, saya dah pilih set berpantang saya, nak tahu apa dia? boleh klik sini

Manakala untuk baby :

  1. towel
  2. 3/4 set Baju + mitten + booties
  3. Pampers
  4. Selimut
  5. Topi utk persediaan pulang nanti

 

DOWNLOAD CHECKLIST NEWBORN HERE

 

persediaan ibu ke hospital
Antara brg keperluan saya

Selain daripada kelengkapan di atas, saya juga sediakan 1 tumbler kecil air Zam Zam, Kurma untuk di ambil sebelum ke labour room.

Berdebar-debar rasanya menanti untuk bersalin ni.. doakan saya dan baby dipermudahkan dan selamat ya.. saya juga doakan semua ibu-ibu dimudahkan semasa proses bersalin nanti.

 

Sharing Is Caring,

Mamahusna

sms/whatsapp : 0139561249

email: mamahusnashoppe@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top