Posisi tidur yang betul untuk ibu hamil

Posisi tidur yang betul untuk ibu hamil

 

posisi tidur

Tempoh 9 bulan kehamilan benar-benar menguji kesabaran ibu hamil.. di awal kehamilan, diuji dengan alahan yang pelbagai … semakin perut membesar, alahan hilang tetapi masalah lain yang datang.

Ketika ini, mereka berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan keselesaan tidur.

Semakin perut membesar, semakin sukar ibu hamil untuk mendapatkan tidur yang lena  dan selesa. Mengiring ke kanan atau ke kiri serba tak  kena jadinya,lenguh, susah apatah lagi tidur menelentang.

Dalam entry kali ni, mama nak kongsi posisi tidur yang boleh diamalkan oleh ibu hamil supaya nanti boleh tidur dengan selesa.

  1. Tidur secara mengiring ke kiri

Ibu hamil digalakkan tidur mengiring ke  sebelah  kiri. Ini bagi melancarkan pengaliran darah ke tahap yang optimum dari tubuh kembali ke jantung. Ini supaya aliran darah dan nutrisi dapat disalurkan semaksimum yang mungkin kepada bayi lalui plasenta.

Ia juga membantu buah pinggang untuk membuang sisa produk dan cecair dari tubuh ibu sekaligus mengurangkan pembengkakan pada pergelangan tangan dan kaki.

 2.  Hindari tidur secara telentang

Ibu hamil tidak digalakkan tidur telentang kerana dikhuatiri akan menekan usus dan vena besar yang menganggu aliran darah untuk kembali ke bahagian jantung. Ia boleh menyebabkan dan mempengaruhi tekanan darah bagi sesetengah ibu.  Jika perkara ini dibiarkan  boleh mengakibatkan masalah pening, sakit kepala dan sesak nafas. Jika peningkatan tekanan darah tinggi pula akan mengakibatkan masalah sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan serta pembengkakan kaki atau tangan.

Para ibu dinasihatkan agar mengubah posisi kepada mengiring andai terjaga di waktu malam dan mendapati tidur secara terlentang.

 

3.   Bantal sebagai sokongan

Letakkan sebiji bantal sama ada di bawah perut atau kaki. Dan gunakan beberapa biji bantal yang lebih kecil untuk menyokong bahagian belakang bagi mengelakkan tertidur secara terlentang .

Mamahusna

0139561249

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top