+60139561249
mesarahmar@gmail.com

Puding Roti Mudah Tapi Sedap

Semalam kami ada makan-makan di bilik Pemulihan, *biasanya cikgu yang transit untuk ke kelas ya, bukan tak masuk kelas*

Bubur kacang hijau dan roti, kebetulan ada lebihan roti 1 1/2 plastik size jumbo Roti Gardenia.

So, tak tahu nak buat dengan roti tersebut, hari ini dengan ikhlas dan sukarelanya saya bagi tawaran bawa balik untuk baut menu.

Dalam fikiran ada 2 menu yang mahu dibuat. Satunya Puding Roti simple dan satu lagi Roti Daging.

Tiba dikedai, pilih2 bahan, em… datang bisikan hati, “eh… sempat ke nak buat roti daging ni? em… tak jadilah. kita buat Puding Roti jelah…

Ok, panjang pula ceritanya…. alaaa.. jarang-jarang datang bertamu rumah saya ni, kita sembanglah sekali sekala kan? Barulah ukhuwwah itu kian erat gituuu.

Ok, jom kita ulangkaji resepi di bawah. Oh ya. Saya ambil resepi asal dari blogger Kak Azie Kitchen

Maaf kak, saya derhaka dengan resepi asal. Saya tambah sukatan setiap bahan dan saya tak ikut langkah dalam resepi tuu. . Sebab rotinya banyakkan.



Resepi Puding Roti Mudah Tapi Sedap

Bahan bahan:

10 keping roti Gardenia – potong 4

3 cawan susu segar

1 cawan gula kaster

2 sudu besar mentega

1/4 sudu kecil garam

6 biji telur – pukul ringan

1 sudu kecil esen vanilla

1 cawan mix fruit

Cara-cara :

  1. Sapukan mentega dan susun roti di dalam loyang yang sesuai dengan kuantiti bahan, barulah sedang elok bentuk dan ketinggiannya.
  2. Bila sudah, masukkan lebihan mentega .

Sementara itu, bolehlah pukul telur bersama dengan gula hingga agak-agak gula dah hancur, masukkan esen vanila.

Tujuan masukkan esen vanila ni, supaya hilang bau hanyir telur tu nanti.

Seterusnya, tuang 3 cawan susu segar yang telah kita sukat tadi, biarkan seketika, bagilah peluang si roti menyerap susu tu. korang janganlah jeles. nanti masuk perut sendiri juga.

Seterusnya, taburkan mix fruit, biarkan seketika.

oh ya, jangan lupa untuk menjimatkan masa, korang jerang siap-siap air untuk kukus roti, so, bila adunan dan ready, terus boleh sauna eh, kukus kan puding kita dalam periuk kukusan.

Kukus selama 20 minit. Tutup api, kemudian sejukkan.
Lagi bagus kalau disejukkan dalam peti dan makan keesokkan harinya.

Puding ni sedap, mudah dan paling penting tak perlukan sos kastard.

Enjoy your Puding.

Sharing With Love.

Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.