Syoknya Anak Menjadi Astronomer Muda Antara Aktiviti Cuti Sekolah

Astronomer Muda antara aktiviti pertama anak-anak bersama dengan Group Home Schooling Kelantan yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 2018.

Beberapa aktiviti sebelum ini tidak dapat disertai kerana kekangan masa, namun alhamdulillah, untuk Aktiviti Astronomer Muda, kami diizinkan Allah untuk bersama sama mendapatkan pengalaman berharga buat anak anak.

Astronomer Muda
Tarikh : 1 Februari 2019
Masa : Jam 5 Petang – 9.30 malam
Tempat : Balai Cerap Kota Bharu, Kawasan Salor.

Aktiviti bersama : Homeschooling Group Kelantan (HSGS Kelantan)

Aktiviti yang telah disusun adalah seperti berikut :
Tengok matahariĀ 
Tengok bulanĀ 
Tengok bintangĀ 




Terima kasih mommy Iman tolong arrange aktiviti ini.

Kami tiba sedikit lewat sebab bertolak dari Kuala Krai dah jam 4 lebih memandangkan baba settlekan urusan dengan ahli qariah masjid dulu.

Yeay, kami dah sampai.
Teleskop yang digunakan .

Petang mencerap matahari, teleskop yang digunakan ada 2 kanta.

Matahari yang dilihat melalui kanta berfilter

1 kanta tanpa filter so, dapat lihat matahari tanpa filter warna putih. 1 lagi ada filter, so matahari jadi warna merah.

Matahari yang dilihat tanpa filter

Seronok anak anak dapat tengok matahari tanpa silau mata.

Malah kami juga diberi penerangan melalui slide tentang matahari dengan lebih terperinci lagi.

Lepas jamuan potluck, solat maghrib aktiviti diteruskan lagi dengan mencerap bulan.

Tapi sayangnya, sebab akhir bulan 27 jamadil awal, jadinya bulan tak kelihatan, frust juga anak anak.

Walaupun tak dapat cerap bulan, tapi Allah Ya Rahman hadiahkan dengan Jupiter. Anak dan mak ayah seronok dan teruja sangat sebab dapat tengok Jupiter. Subhanallah. Warna merah dan kelihatan kecil kalau di perhati dari mata kasar. Bila dilihat melalui teleskop, boleh tengok lebih jelas sedikit.

Kami juga dapat tengok bintang, buruj dan juga bintang yang mengarah ke arah kiblat. Bila ditunjuk dengan laser pen, kita nampak jelas bentuk buruj, bintang kiblat.

Meneropong Jupiter

Selain itu, penerangan tentang Supermoon dan juga blood moon kenapa waktu gerhana, bulan warna itu adalah disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di astmosfera.

Aktiviti berakhir jam 9.30 malam.

Oh ya, Balai Cerap Kota Bharu yang terletak di Kg Kubang Rawa, Salor adalah cetusan dari balai Cerap Mini Dr Rowi yang sebelum ini terletak di Guchil Bayam.

Bayaran masuk :
Dewasa :RM5
Pelajar U :RM 4
Kanak2 : RM 3

Maklumat lanjut boleh klik
1. Persatuan Astronomi-Falak Amatur Negeri Kelantan

2. Balai Cerap Mini Dr Rowi

Selain itu, ada juga beberapa negeri yang mempunyai Balai Cerap iaitu di Teluk Kemang, Port Dickson dan juga di Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.