Tips Supaya Mak Tak Marah Anak yang simple

Tips Supaya Mak Tak Marah Anak yang simple

Assalamualaikum

 

tips mak tak marah anak

Siapa yang suka marah anak kan? tapi kadang-kadang sebagai manusia yang tidak lari dari melakukan kesalahan, kita sering memarahi anak kita walaupun kesalahan yang mereka lakukan tu takde lah berat sangat pun. Tapi tu lah kan, mudah sangat tergoda dengan hasutan syaitan. hish! tak kata kat orang lain, mama sendiri pun macam tu juga.

Jadi, pagi ni mama nak share bagaimana tips supaya mak tak marah anak disebabkan sikap dan tindakan mereka.Maklumlah kanak-kanak kan macam-macam pe’el mereka…..

 

 

Tips 1 : Star Checklist Untuk Anak-Anak

Mama ada baca cara ni di newsfeed Puan Azlina iaitu mak Arwah Ammar,(kalau tak silap mama lah,sebab dah lama dah, tahun lepas lagi).

Bagaimana beliau mendidik anak-anak beliau dengan memberi ganjaran berbintang.

Kebetulan di bookstore kegemaran mama untuk membeli buku ada jual sticker bintang , apa lagi mama beli untuk laksanakan misi tersebut. ehem .. misi apa lagi… Mak tak marah Anak

 

yang ni mama guna untuk tampal pada checklist kakak Insyirah dan abang Naufal untuk tahun 2014.

tips supaya mak tak marah anak

tahun 2015 ni, terlewat mula, bulan ni baru mula balik, untuk tahun ni, kita guna sticker yang pelbagai + sticker bintang yang lebihan tahun lepas.

mama dah siapkan kriteria-kriteria yang perlu anak-anak syurga ikuti,

tips supaya mak tak marah anak

yang warna biru untuk abang Naufal punya, antara item untuk abang Naufal

1. tak nangis bila nak masuk kelas Pra

2. ikut kakak solat 5 waktu

3. kemas mainan

4.Baca Al-Furqan dan beberapa item yang lain.

untuk kakak Insyirah A4 purple, antara item untuk kakak:

1. hafal sifir 3&4

2.solat 5 waktu

3. baca Al-Quran

4. Hafaz Surah dan beberapa item yang lain.

Anak Bijak Pintar Sihat Sejahtera

Pastikan item dan kriteria yang mahu dicapai bersesuaian dengan usia anak kita . kalau boleh letak KPI terus untuk kita lah kan, at the end apa yang kita nak daripada anak-anak kita spt perubahan sikap dan tingkah laku mereka.

tips supaya mak tak marah anak

Satu lagi, mama beri pilihan untuk mereka pilih bentuk sticker yang nak dilekatkan dan minta mereka tampalkan sendiri.. berebut-rebut mereka nak pilih sticker kegemaran masing-masing. Yang tak tahannya , kakak soal kenapa mama tak beli sticker frozen. kikiki.. hai anak, frozen juga yang dia nak.

So far, alhamdulillah sangat sangat membantu dalam membentuk dan mengubah tingkah laku, terutamanya bab kemas mainan dan paling ketara bila masuk je azan, kakak terus bergegas nak solat..

Mama dah tak perlu penat nak membebel dan kecek banyok nak suruh kakak solat dan nak suruh Naufal kemas mainan.

Tips 2 : Paling penting Mak Kena banyak Istighfar dan berzikir 

Tips ni semua orang dah tahu kan? cuma amal  dengan tak amal je… sebenarnya marah ni sifat syaitan dan syaitan paling suka kalau kita suka marah-marah..

so nak elak jadi pemarah, marilah kita dekatkan diri dengan Allah , banyakkan beristighfar, berzikir supaya hati kita sebagai mak ni sentiasa cool walaupun macam-macam pe’el anak.

Kebiasaannya, anak -anak ni dia buat sesuatu yang menyebabkan kita nak marah mereka sebab nak tarik perhatian kita, betul tak?

 

oh ya, lagi satu, siapa yang belum join group FB Mak Tak Marah Anak , jemputlah join, Insya Allah, nanti ramai yang boleh approve kan.

kat sana berkumpulnya para mak-mak termasuk mama 😉 yang berazam tak nak marah anak.. so kita jumpa kat sana ya..

 

With Love,

Mamahusna@kaksarah

whatsapp/telegram/sms ; 0139561249

SID Pilihan Anda Sedia memberi konsultasi terbaik untuk semua.  

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top