Tips untuk Wanita Kekal Sihat dan Cerdas

Tips untuk Wanita Kekal Sihat dan Cerdas

Assalamualaikum …. Selamat pagi semua…. apa khabar hari ni?

hari ni, seperti biasa, entry untuk para wanita yang budiman, cantik berbudi pekerti. dan paling penting, jadilah wanita solehah sebagaimana di anjurkan oleh Islam…

kali ni, saya nak kongsikan hasil pembacaan saya dari Majalah Anis , iaitu tips untuk kekal sihat dan cerdas..

antara point yang dapat saya kongsikan sebagaimana di bawah, hopefully ia memberi manfaat kepada kalian..

 

1) Makan Mengikut Keperluan Kalori Yang Disarankan

  • Pengambilan makanan harian mengikut jumlah kalori yang disarankan adalah penting bagi mengelakkan masalah berlebihan atau kekurangan zat makanan.
  • Pengambilan kalori harian juga perlu diseimbangkan dengan aktiviti fizikal harian. Jika kalori daipada makananyang diambil tidak digunakan, ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan dan ini boleh menyebabkan masalah kegemukan atau obesiti.
  • Obesiti merupakan salah satu faktor risiko utama penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kanser dan penyakit jantung.

PEMAKANAN_PIRAMID MAKANAN MALAYSIA

2) Ambil Makanan Harian Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia

  • Pilih makanan harian berdasarkan gabumgan kumpulan makanan yang terdapat dalam Pramid Makanan Malaysia.
  • Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagakan makanan harian mengikut jumlah kalori yang disarankan.
  • Ambil sajian makanan yang betul seperti yang disyorkan berdasarkan keperluan kalori.

3) Kekalkan Berat Badan Yang Sihat

  • Capai atau kekalkan berat badan yang sihat berpandukan Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body Mass Index (BMI) dalam julat yang normal.
  • Berlebihan berat badan/obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik.
  • Kurang berat badan juga boleh menjejaskan kesihatan wanita.
  • Jika kurang berat badan, tingkatkan berat badan dengan menambah pengambilan makanan dan lakukan senaman untuk membantu menigkatkan selera makan.
  • Jika berlebihan berat badan, tingkatkan aktiviti fizikal untuk membakar lemak dalam badan dan elakkan pengambilan makanan berkalori tinggi seperti makanan tinggi gula, lemak dan minyak serta makanan bergoreng.

Carta BMI WHO Class

4) Amal Gaya Hidup Yang Aktif

  • Dalam kehidupan seharian, tingkatkan aktiviti yang dapat membakar kalori yang diambil.
  • Elakkan aktiviti seentari(yang tidak membakar kalori) seperti menonton televisyen, menggunakan komputer dalam tempoh yang lama dan menggunakan eskalator atau lif.
  • Gaya hidup aktif dapat mengelakkan terjadinya masalah berlebihan berat badan atau obesiti. Selai itu juga ia dapat memastikan badan setiasa cergas.
  • Untuk menjadi aktif, lakukan aktiviti berikut pada bila-bila masa

selain daripada itu, perkara mudah dan simple dalam kegiatan harian kita  tetapi memberi manfaat yang besar antaranya.:

>Menaiki tangga daripada menggunakan lif atau eskalator

> Berjalan kaki ke kedai, tempat-tempat ibadat atau di                 sekitar rumah berbanding memandu kenderaan, jimat minyak dan boleh membakar kalori kan??? untung

>Melakukan kerja rumah secara manual seperti menyapu sampah, mengelap lantai dan membasuh kain dengan tangan.(yang ni, surirumah boleh buat ni 😉

> Meletakkan kenderaan jauh sedikit dan berjalan kaki ke tempat yang hendak dituju.

>Berkebun seperti menanam pokok bunga, sayur dan mengalihkan pasu-pasu bunga.

5) Beri Perhatian Kepada Zat-zat Tertentu Yang Penting Untuk Wanita

  • Zat Besi: Memainkan perana penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu badan serta diperlukan untuk pembentukan hemoglobin atau sel darah merah.Kekurangannya boleh menyebabkan masalah anemia iaitu kurang darah merah. Keperluan zat besi  amat tinggi semasa mengandung dan menyusukan anak. Sumber zat besi adalah daging merah, hati, kerang, buah-buahan kering dan sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Asid Folik: Amat penting utuk wanita terutamanya, sebagai persediaan untuk kehamilan. Kekurangannya boleh menyebabkan kecacatan janin. Asid Folik juga diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan koenzim untuk penghasilan deoxyribonuleic acid(dna) dan ribonucleic acid (rna). Sumber makanan adalah hati, susu, daging merah, bijirin dan sayuran berdaun hijau.
  • Kalsium: Amat penting untuk kesihatan tulang. Kekurangan kalsium menyebabkan tulang menjad poros, rapuh dan mudah patah atau dinamakan osteoporosis. Susu merupakan sumber makanan paling tinggi dengan kalsium. Ambil susu atau produk tenusu seperti keju, yogurt/dadih setiap hari atau sekurang-kurangnya satu hingga tiga sajian sehari.

Selain daripada itu, suplemen juga boleh diambil sebagai nilai tambah untuk kesihatan kita… saya cadangka boleh ambil Set Kesihatan Optimum sebagai suplemen harian untuk kekal cergas dan sihat..

Sharing Is caring

cntact

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top