Tunjuk ajarku sifu

Tunjuk ajarku sifu

Bismillahirrahmanirrahim

Bercerita mengenai idola/mentor, dalam dunia bisnes online, saya mempunyai 2 orang idola bisnes merangkap coach yang sangat saya sayangi dan s angat bertuah mengenali dua insan ini. Syukur kerana Allah menemukan dan berukhuwwah dengan 2 insan hebat ini.

Norazlina Ramdzan, mengenali beliau pada tahun akhir 2007 hingga kini, banyak memberi pendedahan kepada saya dengan dunia blog, website, hosting, e-commerce, affiliate dan tips marketing. Tak pernah jemu dan tidak lokek berkongsi ilmu.
Seorang yang kuat dan kental. Sentiasa tegas dan tidak mudah terpengaruh dengan apa juga keadaan.
Walaupun mempunyai ramai ejen di bawahnya, beliau seorang yang sangat humble dan sentiasa mesra. Walaupun adalalanya kena rotan di alam maya. Rotannya rotan kasih sayang. Mahu lihat kami berjaya.
Moga saya mampu mengikut jejak beliau.

Idola kedua,
Orangnya juga hebat, berjaya dan seorang yang sentiasa sabar dengan karenah anak cucunya yang ramai.
Tak pernah putus asa sentiasa memberi yang terbaik, berkongsi ilmu dan orangnya sangat glemer dengan gelaran mami,neni, akachan. Kadang kadang saya panggil dia alom. Itulah diaLyna Noh
Beliau membawa saya kepada dunia suplemen, mengenalkan saya dengan lebih mendalam dunia vitamin dan suplemen. Walau hakikatnya saya dulu tak pernah membeli vitamin dengan beliau, tetapi aturan Allah sangat cantik, saya menjadi ahli di bawah legasinya.
Banyak yang saya pelajari dengan beliau, moga saya mampu duplikasi kepada legasi saya juga. Tidak pernah mengalah untuk membantu kami terus mencapai kejayaan.

#tsunamishaklee
#star8
#task8done
#pts
#tts
#idola

13529235_10209870580786407_9119776750857309365_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back To Top